Monday, July 1, 2013

Ingin kembali aktif...

Bukan main bersarang blog aku ni..lamanya xupdate n tinggalkan da mcm tu saja.. Niat hati nak kembali aktif.. Moga dipermudahkan.. Will be back with photos n story... *_*

-zt-

Thursday, January 26, 2012

almost 1 year..


hampir setahun aku tak update blog aku ni..aku dah pun selamat menjadi isteri kepada jejaka pilihan aku pada 3.15ptg 4 june 2011 dgn sekali lafaz.. alhamdulillah..

Monday, March 14, 2011

Andai Kau Tahu...

Terbaca Artikel ni kat page kawan..minat sgt..so nak share dgn semua..
enjoy reading this..
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Monday, March 7, 2011

Kak Mala Wedding [ 6 Mac 2011 ]

Selamat Pengantin Baru
Puan Normala Ahmad Hamdan & Encik Ibrahim Jiman

semoga kekal hingga hujung nyawa...

Nak dijadikan cerita semalam majlis persandingan Kak Mala dgn Abg Ims..
aku lak kena keje...so lambat la sampainya...semua kengkawan opis dah balik baru aku sampai...sedih tul...
tp alhamdulillah, dapat jugak memeriahkan majlis Kak Mala yang bertema kan
Merah & Putih ni...

Jom Enjoy gambar yang tak banyak dapat snap ni...hehe

Ni antara Officemate yang masih ada masa aku tiba..
Abg Zahuri & Abg Ishak dgn anak dan isteri masing-masing...


Sempat gak la aku tarik pengantin perempuan,
nak bergambar sama wat kenangan di hari bahagia dia..

Pelamin ni chantek sgt...En Sayang berkenan pulak...katenya nak buat mcm ni la nanti...
tema dah sama...hehe
[tunggu je la nanti...]


balik kenduri kak mala singgah sebentar kat uma kawan baik En Sayang punya kg..
tp masa smp tuan rumah belum sampai, so lepak la kat kedai air kelapa depan uma tu jap..


En Sayang & Aku...
[keTEMBAMan muka ku terselah...]

p/s: kami pun nak tema merah putih masa sanding nanti..jangan marah ye kak mala...kebetulan nye minat kita sama..hehe

Tuesday, March 1, 2011

rancangan tak jadi..

Semalam plan nak ke Masjid India servey barang hantaran...
bila nak anta motor kat kawan En Sayang, kawan dia tak muncul-muncul..
dah penat tunggu, kami pun jalan la..tak tau nak ke mana...
tiba-tiba teringat abah ada kat KL..so, terus ajak En Sayang g Sri Kundang jumpa bakal bapak mertua dia..
dalam perjalanan pulak hujan mula turun..
mula-mula renyai je, pastu lebat, terus la En Sayang benti cari tempat berteduh...
sempat gak la snap a few photo..

Berbaju hujan di hari hujan...
hahahaha

[kami bermula dr bawah, biar susah dulu..senang kemudian...]

Ni pulak En Sayang dengan rokok di tangan...
ni la kerjanya kalau bosan...
[b, tlg la kurangkan skit rokok tu...ayg hidu asap hari-hari bahaya tau...]

Bosan tgu hujan benti..kami pun apa lagi...mula la buat perangai gila...hehe

Jom layan...


[sayang dia ketat-ketat...]


p/s: kepada sesiapa yang tau tips nak suruh orang yang kita sayang benti merokok please.. la inform...hehe